Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat (KFD 2303) Cheat Sheet (DRAFT) by

The cheat sheet is created for individual assignment in Fiqh Muamalat (KFD 2303).The title that I choose for this cheat sheet is "Kaedah Pengukuran Untung(Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam".

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pengenalan Untung

Kamus Dewan
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusa­haan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan.
Kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance
Lebihan wang yang diperolehi oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun.
Bahasa
Bahasa Indonesia perkataan untung sinonim dengan perkataan laba manakala bahasa Inggeris disebut sebagai profit.
Ekonomi
Sejumlah bayaran kepada faktor­-faktor pengel­uaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarikat.
Perakaunan
Pengur­angan pelbagai kos yang dibela­njakan daripada hasil jualan yang dipero­lehi.
 

Untung menurut Perspektif Islam

Untung dalam bahasa Arab
Perkataan untung dalam bahasa Arab disebut al-rib­h,b­erasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertam­bahan dalam kegiatan pernia­gaan.
Untung dari segi istilah bahasa Arab
Untung adalah lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengel­uaran utama iaitu usaha (al-amal) dan modal (ra’su al-mal).
Takrifan untung oleh ahli tafsir
Untung membawa maksud pertam­bahan (al-zi­yadah) atau lebihan (al-fadl) ke atas modal berpan­dukan surah al-Baqarah ayat ke-16 yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak berunt­unglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”.
Pandangan untung oleh Imam al-Tabari
Keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian barangan tersebut. Sekiranya nilai pertukaran itu kurang daripada harga beliannya maka ia dianggap rugi.
Takrifan untung oleh Ibnu Qudamah
Untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak mengha­silkan lebiha­n,maka ia tidak dinamakan sebagai untung.
Pandangan untung oleh Ibn Khaldun (Bapa ekonomi Islam)
Beliau mendef­ini­sikan untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.Ia diperolehi hasil daripada usaha untuk mendap­atkan sesuatu barang dan adanya hasrat untuk memili­kinya. Apa pun jenis barangnya, jumlah pertam­bahan itulah yang disebut sebagai untung.
Para Fuqaha' membah­agikan untung kepada:
1) al-ghabn al-fahisy
2) al-ghabn al-yasir
 

1) Pendekatan Fuqaha': Ukuran Yang Tetap

Pandangan oleh Al-Kha­jnadi dari golongan Hanafi
Beliau melihat al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usy­ur,­man­akala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi (nisf al-usyur) atau tepat pada kadar nilf al-usyur.
Pandangan oleh Ibn Yahya al-Balkhi
Beliau berpan­dangan al-ghabn pada barang perniagaan (al-arud) adalah nilf al-usyur, pada haiwan adalah al-usyur iaitu satu persepuluh (1/10) dan pada barangan tak alih atau al-aqar seperti bangunan adalah sebanyak al-khumus atau satu perlima (1/5). Sekiranya keuntungan melebihi ketentuan ini maka ia dianggap sebagai al-fahisy atau melampau.
Pandangan oleh golongan Syafie dan Maliki
Mereka melihat al-ghabn al-fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertig­a(1/3).
Pandangan oleh golongan Hanbali
Mereka merujuk terjadinya al-ghabn al-fahisy adalah pada kadar al-thuluth atau satu pertiga (1/3), atau al-sudus iaitu satu perenam (1/6) tetapi al-Mardawi melebi­hkannya seperti mana sebahagian yang lain pada kadar al-rubu iaitu satu perempat (1/4).

2) Pendekatan Fuqaha' : Ukuran Yang Fleksibel

Pandangan oleh Ibn Abidin
Beliau melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (al-mu­qaw­wim). Sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka keuntungan tersebuat akan dianggap al-ghabn al-fahisy.
Pandangan oleh sebahagian ulama' dari kalangan Maliki
Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar satu pertiga (1/3) atau lebih. Ada yang mengatakan tidak ada had tertentu, tetapi ia disand­arkan kepada tradisi atau kebiasaan yang berlaku sesama peniaga. Sekiranya didapati sering berlaku al-tag­habun (saling melakukan) sesama mereka, maka tiada pilihan bagi al-maghbun (mangsa keadaan) tetapi sekiranya berlaku di luar kebias­aan­,maka dalam keadaan ini al-maghbun mempunyai pilihan.
Pandangan oleh Al-Mardawi
Beliau berpen­dapat bahawa nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al-uruf semasa (kebia­saan) dan berses­uaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah tersebut hendaklah sedikit sahaja, supaya pulangan modal dapat diperoleh dengan mudah.

Kesimpulan Untung

Pertama
Para peniaga boleh menjadikan konsep untung dalam Islam sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah yang munasabah bagi sesuatu barangan atau perkhi­dmatan yang akan diniag­akan.
Kedua
Keuntungan yang terhasil dalam ekonomi Islam yang adalah berlan­daskan ketetapan Syarak yang akhirnya membawa keadilan dan kemakmuran kepada ekonomi.
Ketiga
Untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-­unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtika­r.Oleh itu umat Islam perlu berusaha untuk memperoleh keuntungan yang bebas daripada unsur-­unsur yang dinyatakan itu.