Show Menu
Cheatography

Fiqh Muamalat KFD 2303 Cheat Sheet (DRAFT) by

This cheat sheet is created for individual assignment in KFD 2303 Fiqh Muamalat.The title that I choose is 'Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al-Ribh) Dari Perspektif Muamalat Islam'.

This is a draft cheat sheet. It is a work in progress and is not finished yet.

Pengenalan

Perkataan untung menurut Kamus Dewan membawa maksud hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusa­haa­n,p­ern­iagaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan.
Dalam ekonom­i,u­ntung merupakan sejumlah wang bayaran kepada faktor­-faktor pengel­uaran setelah ditolak daripada pendapatan bagi hasil keluaran sesebuah syarik­at.U­ntung wujud apabila sesebuah firma telah berjaya mengha­silkan 'untung normal' akibat daripada persamaan yang wujud antara jumlah hasil dan jumlah kos.
Dalam bidang perakaunan pula,u­ntung terhasil daripada pengur­angan pelbagai kos yang dibela­njakan daripada hasil jualan yang dipero­lehi.

Definisi Untung Menurut Pandangan Yang Berbeza

Menurut bahasa Arab,u­ntung adalah lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengel­uaran utama iaitu usaha dan modal.
Imam Al-Tabari;
Keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian barangan terebut.
Al-Nis­aburi;
Keuntungan adalah suatu tambahan keatas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendap­atkan lebihan melalui modal.
Imam al-Alusi;
Keuntungan adalah usaha untuk mendap­atkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah 'ala ra's al-mal.

Konsep Untung

Para Fuqaha;
Zakat
Keuntungan bermaksud pertam­bahan keatas modal dan ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat.
al-Mur­abahah
Keuntungan mempunyai dua pengertian yang dapat disimp­ulkan iaitu pertam­bahan ke atas modal dan pertam­bahan ke atas modal setelah setelah ditolak segala perbel­anjaan yang dikelu­arkan dalam memperoleh lebihan tersebut.
 

Bab Zakat

Imam Al-Maw­ardi;
Ibn Qudamah;
Menyatakan bahawa zakat itu wajib ke atas harta yang berpotensi untuk berkembang sama ada menerusi usaha atau berkembang dengan sendir­inya.
Menghu­raikan harta yang berpotensi untuk berkembang antaranya adalah barangan perniagaan berpotensi untuk mendapat keuntu­ngan.
Al-Kasani;
Menyatakan zakat tidak diperolehi kecual dari harta yang berkem­bang.

Bab Al-Mud­arabah

Imam Malik;
Dr.Muh­ammad Salah;
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak.
Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat dimana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli.
Ibn Qudamah;
Ibn Khaldun;
Mengis­til­ahkan untung sebagai satu lebihan ke atas modal.
Mendef­ini­sikan untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.
Khurshid Ahmad & Muhammad Nejatullah Siddiqi;
Mendef­iniskan untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas.

Kriteria Keuntungan

i.Keun­tungan bukan berasal daripada perbuatan riba.
ii.Keu­ntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyem­bun­yikan fakta.
iii.Ke­unt­ungan bukan daripada perbuatan penipuan.

Pembah­agian Keuntungan Pendekatan Fuqaha'

Terbahagi kepada dua bentuk iaitu al-ghabn al-fahisy dan al-ghabn al-yasir.Terdapat juga dua pendekatan yang membez­akannya iaitu ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan yang kedua menggu­nakan ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin).
 

Ukuran Yang Tetap

Al-Kha­jnadi;
al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-'usyur, manakala al-ghabn al-yasir pula tidak melebihi nisf al'usyur atau tepat pada kadar nisf al-'usyur.
Ibn Yahya al-Balkhi;
Berpan­dangan al-ghabn pada barang perniagaan adalah nilf al-'usyur,pada haiwan adalah al-'usyur iaitu (1/10) dan pada barangan tak alih atau al-'aqar adalah sebanyak al-khumus (1/5) .Keunt­ungan melebihi ketentuan ini dianggap sebagai al-fahisy atau melampau.
Golongan Syafi'e;
melihat al-ghabn al-fahisy berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth (1/3).
Golongan Hanbali;
Terjadinya al-ghabn al-fahisy adalah pada kadar al-thuluth (1/3) dan al-sudus (1/6).
Al-Mar­dawi;
Al-Mardawi melebi­hkannya seperti mana sebahagian yang lain pada kadar al-rubu' (1/4).
Golongan al-'Ib­adi­yyah;
Menetapkan kadar al-thuluth (1/3) atau menganggap sesuatu lebihan yang wujud dalam urus niaga sebagai al-ghabn al-fahisy.

Ukuran Yang Fleksibel

Ibn 'Abidin;
al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pentaksir (al-muq­awwim).Seki­ranya kadar keuntungan melebihi taksiran pentak­sir­,ke­unt­ungan tersebut akan dianggap al-ghabn al-fahisy.
Sebahagian Ulama' Maliki;
Mempunyai pandangan yang berbeza dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar (1/3) atau lebih.Ada yang mengatakan tidak ada had tertentu ,tetapi disand­arkan kepada tradisi atau kebiasaan yang berlaku sesama peniag­a.Jika didapati berlaku al-tag­habun (saling melaku­kan­),maka tiada pilihan bagi al-mag­habun (mangsa keadaa­n).Jika berlaku di luar kebias­aan­,maka al-mag­habun mempunyai pilihan.
Al-Mar­dawi;
Nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al-'uruf semasa kebiasaan dan berses­uaian dengan tahap masalah yang dihada­pi.N­isbah tersebut hendaklah sikit sahaja supaya pulangan modal diperoleh dengan mudah.