Show Menu
Cheatography

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA Cheat Sheet by

KFD 2543 Islamic Financial Planning (IFP) Individual Assignment Nama:MUHAMMAD ZAWAWI BIN MOHD ZAKI Kad Matrik: KFD180506010

KONSEP WASIAT

Wasiat ialah pindah milik harta atau manfaat harta secara percuma yang berkua­tkuasa selepas kematian pewaris tersebut

WASIAT SEBAGAI INSTRUMEN PERANC­ANGAN HARTA

Wasiat merupakan instrumen peranc­angan harta kerana ia boleh digunakan dalam keadaan:
1)Ahli keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusaka disebabkan perbezaan agama atau terhalang dengan waris yang lebih dekat.
2)Sese­orang yang memiliki harta yang banyak dan berhasrat agar harta itu dikekalkan dalam bentuk yang asal yang mana harta tersebut tidak akan dijual untuk dibaha­gi-­bah­agikan hasil jualannya kepada ahli waris dengan kadar agihan faraid.
3)Sese­orang yang ingin membuat amal jariah selepas kematian boleh mewasi­atkan bahagian hartanya (tidak melebihi kadar satu pertiga harta) kepada badan-­badan tertentu.

PROSEDUR WASIAT

-Melak­sanakan undang­-undang wasiat berdas­arkan peruntukan Perlem­bagaan Persek­utuan di bawah Jadual Kesemb­ilan, Senarai 2, Senarai Negeri dan Perlem­bagaan Persek­utuan
-Terdapat tiga negeri yang mempunyai undang­-undang khusus mengenai wasiat
1)Selangor - Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 yang berkua­tkuasa pada 1 Julai 2004
2)Negeri Sembilan - Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 yang berkua­tkuasa pada 5 November 2004
3)Melaka - Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 yang berkua­tkuasa pada 1 Ogos 2005
 

PEMBEN­TUKAN WASIAT

1)Perm­ohonan
Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melamp­irkan dokumen sokongan. Perkara yang perlu dipenuhi dalam Borang A ialah maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasi­atkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat
2)Dokumen Sokongan dan Saksi
Dua pembuktian wasiat yang digunakan oleh pihak MAIS iaitu melalui dokumen sokongan dan dua orang saksi. Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan.
3)Pend­aftaran
Pemohonan Wasiat yang diterima akan didaftar ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), kaedah­-kaedah Pengurusan Wasiat. Maklumat yang terkandung ialah rekod mengenai wasiat samada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menand­ata­ngani wasiat dan fail pewasiat telah ditutup. Pihak MAIS akan mengenakan yuran dalam membuat pemohonan.
4)Peny­ediaan Dokumen Wasiat bertulis
Pewasiat perlu meleng­kapkan dokumen wasiat bertulis dengan maklum­at-­mak­lumat peribadi serta pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat dan butir harta pewasiat.
5)Peny­impanan
Dokumen wasiat bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan untuk simpanan MAIS dan pewasiat.
6)Pindaan atau Pembatalan Wasiat
Pewasiat mempunyai hak untuk membat­alkan wasiat samada melibatkan keselu­ruhan dan sebahagian daripa­danya dalam tempoh selepas membuat wasiat sehingga hari kemati­annya. Pewasiat juga boleh membuat sebarang pindaan, pembatalan atau perubahan terhadap wasiat yang telah dibuat dengan mengem­ukakan notis bertulis kepada MAIS.
7)Peng­ema­skinian Status Pewasiat
Pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat dalam bentuk bertulis atau lisan dalam tempoh setiap 3 hingga 6 bulan sekali.
 

PELAKS­ANAAN WASIAT

1)Pene­rimaan Maklumat Kematian Pewasiat
Ahli keluarga, pihak waris atau saksi perlu member­itahu pihak MAIS mengenai kematian pewasiat dengan mengem­ukakan sijil kematian pewasiat.
2)Pemb­acaan Wasiat
Pihak MAIS akan member­itahu pihak menerima wasiat untuk melakukan upacara membaca wasiat selepas segala urusan pengeb­umian pewasiat telah dilakukan. Dalam pembacaan wasiat, pihak MAIS perlu memakl­umkan jumlah sebenar harta pewasiat bagi mengel­akkan berlaku percan­ggahan dalam proses pembah­agian wasiat.
3)Siasatan
Pihak MAIS akan menjal­ankan siasatan ke atas seluruh harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat.
4)Peni­laian Harta
Penilaian harta dilakukan bertujuan mendap­atkan nilai sebenar harta wasiat yang merangkumi harta tak alih dan harta alih. Harta tak alih dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Pekhid­matan Harta (JPPH) manakala harta alih melalui penila­i-p­enilai valuer yang berlesen.
5)Peng­esahan Wasiat
Pengesahan wasiat akan disahkan oleh makhamah syariah samada sesuatu wasiat boleh dilaks­anakan atau proses pertukaran hak milik boleh diteru­skan.
6)Pela­ksanaan Wasiat
MAIS bertan­ggu­ngjawab dalam melaks­anakan apa-apa yang diaman­ahkan kepadanya. Antaranya, melaks­anakan dokumen wasiat bertulis yang disahkan oleh makhamah syariah dan telah mendapat perset­ujuan daripada pihak penerima mendap­atkan geran probet daripada Makhamah Tinggi Sivil untuk menges­ahkan pelantikan sebagai pentadbir kepada harta wasiat.
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets